Tuesday, October 5, 2010

Persediaan Awal Menyambut Kelahiran Bayi Anda

Bagi semua bakal ibu bapa yang pertama kali menunggu saat kelahiran bayi pertama mereka, sudah tentu bermacam-macam perkara bermain di fikiran anda bukan? Persediaan barang-barang bayi amatlah mustahak dan dinasihatkan buatlah ‘check list’ sebelum tiba jangka waktu bersalin.
So di sini, mummy ada sediakan beberapa checklist untuk memudahkan lagi bakal ibu menyemak senarai barangan bayi mereka.

Pakaian Bayi

  1. 6-7 pasang baju bayi berlengan panjang & pendek cukup memadai. Jangan terlalu ghairah membeli sebegitu banyak baju kerana bayi kita cepat membesar.
  2. 3-4 pasang sarung kaki & tangan.
  3. 1 selimut bayi
  4. 10 helai kain napkin bayi.Biasanya dijual 1 set berjumlah 10 helai napkin.
  5. 5-7 helai barut. Ini penting untuk mengelakkan bayi kembung perut. Boleh didapati di kedai barangan bayi. Macam mummy dulu mak ngan mak mertue yang buatkan..almaklumlah,due-due cucu sulung..hihii...
  6. 2 helai tuala mandi
  7. 1 bakul untuk letak baju-baju bayi anda
  8. Beg bayi
  9. Tikar getah bayi.
  10. Pampers bayi. Untuk baru lahir, beli yang ’newborn pampers’.
  11. Tisu lembap.

Penyusuan Bayi

  1. Botol susu. Penting bagi bakal ibu yang mungkin mengalami masalah ’breastfeeding’ di awal penyusuan bayi anda.
  2. Puting susu mengikut saiz.
  3. Berus botol susu.

Keperluan Tidur Bayi

  1. Tilam & bantal. Seeloknya diperbuat daripada kekabu, bayi tidak mudah bergolek dan sejuk. Ini pun mak mertue mummy yang buatkan, tahan lama, masih digunakan sampai sekarang.
  2. Katil bayi. Ini terpulang kepada keselesaan masing-masing. Macam mummy, xpenah beli pun,lagi senang bayi tidur bersebelahan dengan kita, senang nak breastfeeding. Bayi pun terase dekat dengan kita.
 Keperluan Mandian Bayi

  1. Besen mandi.
  2. Sabun mandi bayi
  3. Syampoo mandi bayi
  4. Losyen bayi
  5. Bedak
  6. Putik kapas.
  7. Ketip kuku.Biasanya waktu awal kelahiran,kuku bayi masih lembut.Tunggu sehingga kuku betul-betul kelihatan panjang, barulah potong.
Keperluan Ubat-Ubatan Bayi 

  1. Minyak kembung perut seperti minyak yu yi,minyak telon dan lain-lain.
  2. Set mandian untuk penyakit kuning bayi. Boleh didapati di kedai ubat-ubatan cina.
 Lain-lain keperluan Bayi 

  1. Stroller baby
  2. Baby car seat . Penting untuk ibu yang bekerja macam mummy!
Tentu anda semua tidak sabar-sabar untuk menerima kehadiran cahaya mata yang bakal muncul tak lama lagi bukan.Kepada semua bakal ibu, semoga selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang comel.


4 comments:

  1. bagus tips ni..sya selalu miss satu brg..dh 2 kali camtu...he3...

    ReplyDelete
  2. tips yang baik untuk ibu2 baru dan lama.. tq..:)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.
    Wahhhh...bagus tips ni. Xsabar nak mengandung lagi.

    ReplyDelete
  4. best sangat time i pregnant and trust me i got the idea of how to handle my expecting baby by refering to your blog sis..thanks for the info..btw, check this out diapercakemalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete