Friday, November 12, 2010

Oh My God!!!!

















Wednesday, November 3, 2010

Sleeping Beauty..............











Ops!!!!



Bayi Kembung

Bayi anda kembung?Menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin .

Beberapa kemungkinan bayi anda mengalami kembung perut.Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol .Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.


Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut.







Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising. Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.


Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak memudaratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

Monday, November 1, 2010

Pekerjaan Anak Anda

Salam..kepada semue peminat mummy,sori yek..dah lame x bersiaran ke udare..eceh!macam DJ la plaks...mummy terpakse stop berblogging kerana ketidaksihatan(betol ke ayat ni?) yang melanda diri mummy 2,3 ari ini..so,today,mummy sempat nak kongsikan gamba2 baby ini shj ngan u all semua..xlarat lagi nak tulis entry baru..let's check it out ya!















Kitalah penentu masa depan anak-anak kita....