Hi!!! Kali ni mummy dah kongsikan info mengenai teknik2 penyusuan badan pulak...Yelah...kalo 1st time as a mother,of course xreti kan..xtau care camne la..takut susu xde la...Sebenarnye semue tu dtg dr mind set kite,kalo kite dah setkan awal2 lagi nak bg susu badan kat baby, insyallah,dengan izin Allah,susu itu akan ader...So,let's check it out..
1. Mule2..sentuh bibir bayi dengan hujung puting hingga bayi membuka mulutnya. Biarkan dia membuka selebarnya mulutnya hingga sampai bagian besar areola (bahagian yg berwarna coklat). Areola inilah kawasan yang mengeluarkan susu.
2. Seterusnya,mummy nk citerkan posisi2 yang dapat anda gunakan semase menyusu bayi.
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi anda merasa nyaman. Tubuh bayi haruslah rapat dengan anda dan muka bayi bertemu dengan payudara anda. Mulutnya harus berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya sepatutnya dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlu tegak, jangan membongkok dan gunakan bantal untuk bersandar,ini lebih membuatkan ibu berase lebih selesa.
3. Posisi dakapan ataupun posisi yang telah menjadi kegemaran kebanyakan para ibu. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memutar kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berada di dalam dekapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
4. Posisi ‘football hold’, posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih dari pembedahan ‘cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusui bayi premature atau bayi yang kecil ukurannya atau menyusui anak kembar pada waktu yang bersamaan. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
5. Posisi berbaring, cuba posisi ini apabila anda dan bayi merasa letih. Jika anda baru pulih dari pembedahan ‘Cesarean’ ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh praktikkan pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas.
6. Akhir sekali, sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan bagi mengelakkan bayi anda termuntah susu semule.Pelbagai care boleh anda lakukan.Letakkan bayi di bahu anda.Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.
Burpp...Alhamdulilah...Orait..selesai sudah..skang baby anda semue tentu sedang tidur kekenyangan yang amat kan? Hehee.. Tentulah! Sebab susu ibu adalah paling baik untuk otak bayi kite...Susu tin ok jugak...tapi selagi daye bagi je susu yang kite ade..jangan membazir..hehehehe..
salam tuan rumah, akak sukalah articles2awk, boleh x akak letak di web akak www.danitamaternity.com.akak akan letak kredit blog awk.sbb akak jual baju pregnant sesuai articles ni dibaca para bakal ibu
ReplyDelete