‘Eh..anak ko kuning ni..tgk tuh..dalam mate nmpk mcm kuning je tuh’..Ha..dialog2 mcm tu adalah biase didengar selepas anda melahirkan bayi..hehee…biasela orang tue-tue kan..
Camne leh jadinye penyakit kuning nie..
Ok,dari sumber yang Mummy perolehi,penyakit kuning nie terjadi ketika lahir,iaitu bayi baru lahir memiliki banyak zat kimia dalam darahnya antara lain bilirubin. Hati bayi memerlukan waktu dalam beberapa hari untuk menguraikan zat ini sehingga menyebabkan penyakit kuning.
Gejalanya, kulit bayi akan terlihat berwarna hijau-kekuningan atau bahagian putih dari mata bayi akan terlihat kuning.Macam dialog kat atas tadi tu..hehee…
So,hampir semua bayi baru lahir akan kuning di hari ke-3. Itu sebabnya, seluruh bayi perlu diperiksa kadar bilirubin dalam darah pada hari itu. Normalnya, kadar bilirubin adalah 0-1 mcg. Namun, sampai hari ke-7, kadar bilirubin boleh mencecah sehingga 12 mcg.
Lame Tak Penyakit Kuning Ni?
Mesti korang risau kan..lame ke penyakit ni..Ok,kulit bayi anda seharusnya kembali berwarna normal setelah beberapa hari atau seminggu. Salah satu cara adalah dengan penyusuan ibu kepada bayi,kerana ASI(Air Susu Ibu) mengandung banyak zat yang boleh
melindungi bayi dari penyakit.
Jika bayi masih terkena penyakit kuning selama lebih dari dua minggu,cepat2lah pergi ke klinik atau hospital.Tapi mcm Mummy dulu,xbwk pegi hospital pun,nnt kene amek darah bagai kan..xsanggup tgk..baby kecik sgt2 lagi..Mummy just mandikan baby dgn herba cina utk penyakit kuning (boleh didapati di kedai ubat Cina)selama 5-6 hari dan bagi baby minum susu kambing(kalo boleh dpt yg fresh lg bagus).Harus diingatkan susu kambing tu jgn pulak bg banyak2..nnt baby panas..sikit2 cukup..Dan satu lagi,jemur baby di bwh cahaye matahari pagi,tapi jgn korg bjemur mcm kat tepi pantai tuh..Cukup sekadar cahaya matahari masuk di dalam kawasan umah kite..bukak langsir pun cukup..
Bagaimana merawat bayi dengan penyakit kuning?
Ok,kalo bayi anda mmg disahkan kuning yang tinggi,biasanya bayi akan ditahan di hospital dan dipantau sampai kadar bilirubin stabil. Bayi perlu menjalani rawatan fototerapi – perawatan dengan penyerapan cahaya dari lampu ultraviolet ( bili-lamp) selama beberapa hari.
So,jangan risau selain cara traditional , anda juga boleh rujuk terus ke hospital atau klinik-klinik yang berdekatan.Terpulang pade keselesaan korang masing-masing....
wahhh.. entri yg best.. suke3~!!! mmg smua baby xkn terlepas kena kuning la ye.. huhu..
ReplyDeleteselalu fmily i jemur baby je dkt matahari pagi..~~0_0
ReplyDelete