Hi!! Bagi para ibu yang sedang menjalani proses berpantang di rumah. Boring-boring tuh bolehla bace entry mummy nie..insyallah mummy akan update EVERYDAY selagi daye..hehehe...Kalini mummy nak berciter mengenai penjagaan ibu selepas bersalin,terutamanya kepada 'first time mother'..yela...mase nie kompem mak kite yang jage kan..almaklumlah takde pengalaman lagi kan..sikit-sikit mak..macam mummy dulu la..hehe..tapi at least for da' next baby nanti,u all dah tau macamane nak uruskan diri kan.Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.So,let's check it out!
1. Kebersihan Diri
Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
Tukar tuala wanita kerap
Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering
2. Pemakanan
Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan
Minum 6-8 gelas air
Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Penyusuan Susu Ibu
Bersihkan payudara setiap hari
Gunakan coli yang bersih dan selesa
Susukan bayi dengan kerap
Tanda -tanda Bahaya
Demam panas
Pendarahan berlebihan dan berlarutan
Anemia
Pening/Sakit kepala
Sakit kaki atau bengkak
Sakit betis
Sesak nafas dan sakit dada
Meroyan
Sukar buang air kecil
Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan
Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas.
Semoge kembali sihat nanti kepada ibu-ibu yang sedang berpantang ye..
No comments:
Post a Comment