Showing posts with label piramid makanan. Show all posts
Showing posts with label piramid makanan. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Pemakanan Ibu Sewaktu Hamil

Entry kalini mummy dapat idea dari salah seorang peminat mummy..Chewahh!peminat tuh,tak tahan..hahahaha~~Dia mintak mummy citerkan mengenai pemakanan ibu dan bayi.So,dengan usaha gigihnye mummy tekun mencari info-info untuk dikongsikan dengan you all semua..Let's check it out ya!



Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.






Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.





2. Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)


3. Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


4. Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.


5. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


6. Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meninggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)




7. Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.



Orait...itu sahaja entry kali ini..jangan makan terlampau banyak sangat ye para ibu..takut nanti susah nak turun berat badan..overweight pulak selepas bersalin nanti. Jadilah macam mummy nie,menten slim gitu!hehehee.....

Monday, October 18, 2010

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Hi!! Bagi para ibu yang sedang menjalani proses berpantang di rumah. Boring-boring tuh bolehla bace entry mummy nie..insyallah mummy akan update EVERYDAY selagi daye..hehehe...Kalini mummy nak berciter mengenai penjagaan ibu selepas bersalin,terutamanya kepada 'first time mother'..yela...mase nie kompem mak kite yang jage kan..almaklumlah takde pengalaman lagi kan..sikit-sikit mak..macam mummy dulu la..hehe..tapi at least for da' next baby nanti,u all dah tau macamane nak uruskan diri kan.Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.So,let's check it out!






1. Kebersihan Diri

Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
Tukar tuala wanita kerap
Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering


2. Pemakanan

Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan
Minum 6-8 gelas air
Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan










3. Penyusuan Susu Ibu

Bersihkan payudara setiap hari
Gunakan coli yang bersih dan selesa
Susukan bayi dengan kerap


Tanda -tanda Bahaya

Demam panas
Pendarahan berlebihan dan berlarutan
Anemia
Pening/Sakit kepala
Sakit kaki atau bengkak
Sakit betis
Sesak nafas dan sakit dada
Meroyan
Sukar buang air kecil
Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas.






Semoge kembali sihat nanti kepada ibu-ibu yang sedang berpantang ye..